:: Kenaikan Pangkat

Seseorang pegawai/pengkhidmat akan dipilih untuk kenaikan pangkat semata-semata atas kebolehan/ pencapaian yang cemerlang dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan.

Ringkasan syarat-syarat kenaikan pangkat mengikut Kumpulan jawatan adalah seperti jadual berikut:

Kumpulan Pengurusan & Profesional
Kumpulan Sokongan I-B
Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan I-B
Kumpulan Sokongan I-C
Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan I-C
Kumpulan Sokongan II
Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan II

Syarat Kenaikan Pangkat

1.
Disahkan dalam jawatan;
2.
Markah prestasi bagi tahun semasa mencapai lebih dari 80% dan purata penilaian untuk tiga tahun terakhir adalah 80% atau lebih
3.
Bebas dari tindakan tatatertib; dan,
4.
Mempunyai kekosongan jawatan kenaikan pangkat.
5.
Mencapai tempoh perkhidmatan tertentu mengikut skim dan gred jawatan masing-masing.
6.
Sokongan daripada Ketua Jabatan; dan
7.
Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut skim dan gred jawatan masing-masing.
8.
Telah mengistiharkan harta
9.
Lulus Tapisan keutuhan oleh BPR

Rayuan Kenaikan Pangkat

Seseorang pegawai/pengkhidmat yang terkilan dengan keputusan kenaikan pangkat boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MPOB.